Terbaru
Home » Artikel » Kalimah Allah : DI sebalik keputusan Mahkamah

Kalimah Allah : DI sebalik keputusan Mahkamah

kkkk

Alhamdulillah, pada tanggal 14 Oktober lalu, umat Islam di Malaysia menerima khabar gembira dari Mahkamah Rayuan yang melarang penerbitan minggu Katolik, Herald daripada menggunakan kalimah Allah.

Kemenangan ini di kira cukup memberi makna yang besar kepada seluruh umat Islam di Malaysia umumnya dan kepada para pejuang kalimah Allah khususnya. Kemenangan ini juga boleh di umpamakan seperti sudah berjaya menjaga akidah dan pegangan umat Islam di Malaysia dari di perkotak katikkan oleh musuh Islam. Akidah umat islam kini kembali selamat. Kita telah menang.

Namun bagi penulis dan rakan-rakan, di sebalik kemenangan yang di kurniakan oleh mahkamah ini, umat islam umumnya dan para pendakwah/cendikiawan Islam khususnya harus melakukan sebuah muhasabah yang panjang.

Apakah ini kemenangan hakiki kepada agama Islam seperti yang di rasakan oleh ‘pejuang-pejuang’ agama, atau ianya sebenarnya hanya kemenangan Panadol, kemenangan yang seketika, dan lebih teruk jika menang dalam kalah.

1-      Menangkah kita?

Kemenangan hanya mampu di kaitkan dengan berjayanya seseorang mendapatkan atau mempertahankan miliknya. Dan dalam isu kalimah Allah ini, bukanlah kalimah ALLAH itu sebenarnya yang patut di perjuangkan oleh umat Islam di Malaysia, namun lebih dari itu, yakni akidah kapada umat Islam itu sendiri.

Bagi penulis dan sahabat-sahabat, kemenangan ini tidak ubah seperti kesan Panadol pada pesakit Migrain, atau Painkiller kepada orang yang sedang menanggung sakit gigi. Yang bersifat sementara, bukan penyembuh yang sebenar-benarnya.

Hal ini kerana, apa yang di perlukan oleh umat Islam di Malaysia sekarang ini bukanlah kalimah Allah, namun sebenarnya lebih dari itu, yakni pengertian dan pemahaman terhadap Islam itu sendiri, terutama akidah.

Umat Islam di Malaysia kini tidak lebih dari Islam keturunan, yang di perturunkan melalui ibu dan ayah mereka yang beragama Islam, tanpa mempunyai ilmu yang mendalam bekenaan dengan Islam itu sendiri.

Mengikut seorang pakar motivasi dan penceramah bebas di Malaysia, 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurakankan solat waktu dalam sehari. Apakah ini kerana kalimah Allah di gunakan oleh golongan non-muslim?

Tidak kurang kuantiti untuk mereka yang tidak mampu membaca al-quran dan gagal melafazkan kalimah Syahadah. Ini menunjukkan betapa lemahnya umat Islam di Malaysia dalam beragama. Samada Ilmu mahupun penghayatan.

Kalau inilah di katakana kemenangan, kita sebenarnya menang dalam kekalahan, menang sorak, tapi kampong hamper tergadai, umat Islam di Malaysia kini tidak mempunyai apa-apa kekuatan melainkan hanya kuasa menjadi benteng terakhir.

2. Dimana jabatan agama dan pendakwah?

Malaysia, sebuah Negara yang terkenal dalam memiliki jabatan-jabatan dan majlis agama terbanyak di dunia, begitu juga mufti. Dan seharusnya kemudahan ini menjadi satu kelebihan untuk Islam bertapak kukuh di Malaysia.

Namun hakikatnya tidaklah sebegitu, jabatan agama ini muncul tidak lebih dari sebuah jabatan biasa. Kemunculannya gagal member kesan kepada pembangunan agama Islam di Malaysia. Buktinya, umat Islam di Malaysia masih lagi berada di takuk yang sama, samada dalam aspek keilmuan mahupun aspek kehidupan.

Begitu juga para pendakwah, mereka kelihatan gagal untuk menjalankan tugas sebenar dalam menyampai dan memahamkan Islam kepada umatnya di Malaysia. Ramai pendakwah pada masa kini sibuk memperdebatkan isu furu’ yang berkaitan dengan fiqh, sehingga isu pokok seperti bab akidah tergadai.

Itu belum di cerita lagi perihal mereka yang sibuk mengimarahkan stadium dalam menanti kedatangan Rasulullah saw.

Tugas jabatan agama bukanlah bertujuan untuk berbangga-bangga dengan hasil kutipan zakat tahunan mereka semata-mata, apatah lagi untuk menentukan mazhab empat mana yang mereka harus ikut, namun seharusnya lebih dari itu.

hhhhhhhh

3. Kerajaan?

Sejurus keputusan larangan penggunaan Kalimah Allah di keluarkan oleh Mahkamah Rayuan, kerajaan Malaysia (di kalangan pemimpin beragama Islam) paling gembira, kerana bagi mereka, keputusan ini bakal menyelamatkan akidah umat Islam dari di nodai dan di rosakkan oleh musuh Islam.

Namun pada masa yang sama, kerajaan yang sama ini jugalah yang mendidik rakyatnya dengan budaya hedonisme. Dari sekecil-kecil hiburan hinggalah yang besar. Budaya berhibur dan umat Islam di Malaysia kelihatan berpisahnya tiada.

Agak-agaknya berapa ramai yang ‘murtad’ selepas mereka membaca bible berbanding ‘murtad’ selepas mereka berhibur secara melampau?

Dan agak-agaknya berapa ramai umat Islam yang mempunyai Bible berbanding mereka yang mempunyai CD artis barat?

4. Kesimpulan.

Untuk terakhirnya, bagi penulis, kemenangan ini bukanlah suatu kemenangan yang sebenar-sebenarnya kepada umat Islam di Malaysia, bahkan ia hanyalah satu penghalang yang bersifat sementara.

Kita sebenarnya takut untuk membenarkan orang Kristian menggunakan kalimah Allah bukanlah di sebabkan terdapat halangan dari al-Quran, mahupun hadith nabawi. Begitu juga kerana kita takut Kristian memanipulasikan penggunaannya, namun ketakutan itu muncul di sebabkan kita lemah dalam pemahaman dan penghayatan pada agama kita sendiri.

Hanya yang tidak yakin dengan agama mereka akan menggunakan kuasa untuk menghalang orang menyampaikan agama mereka.

Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku” [Al-Kaafirun : 6]

Untuk pendakwah, penjuang kita belum selesai sebenarnya, namun ia adalah satu permulaan, permulaan untuk memahamkan orang terhadap Islam yang sebenar.

Hisyam Ahmad,

Mu’tah Jordan,

01112013

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Dapatkan segera