Terbaru
Home » Artikel » Kalimah Allah, antara isi dan emosi.

Kalimah Allah, antara isi dan emosi.

I-LOVE-ALLAH-islam-19112236-320-287

“Kalimah Allah adalah hak mutlak orang Islam”

Kata seorang pimpinan NGO dengan penuh lantang. Lantang demi mempertahankan kalimah Allah dari di gunakan oleh non-muslim di dalam kitab mereka.

Terdetik rasa kagum dalam hati penulis, kagum bilamana masih ada orang Islam begitu cakna dengan kemurnian agama mereka, dari dirosakkan oleh penganut agama lain.

Asas kerisauan dan penentangan NGO ini adalah dek kerisauan mereka terhadap generasi mendatang. Mereka risau sekiranya keizinan diberikan kepada pihak tertentu (Kristian) menggunakan kalimah Allah, generasi mendatang akan keliru untuk membezakan antara Allah sekalian alam dengan Allah versi Kristian.

Namun, di sebalik kekaguman ini, terdetik seribu satu persoalan di dalam benak penulis. Mengapa wujud kerisauan yang menebal di kalangan NGO ini, serta mereka yang sealiran dengannya, sedangkan kita sedia maklum, Islam adalah sebaik-baik agama.

Kerana bagi penulis, seseorang itu akan takut untuk bersaing bilamana produk yang mereka bawa itu tiada mempunyai kualiti yang tinggi, dan perkara ini berbeza dengan Islam, kerana Islam adalah sebaik-baik agama.

Tapi itulah kita, tindak tanduk kita sentiasa dipandu oleh emosi, jarang sekali kita mendahulukan isi (Ilmu).

Bagi penulis, terlalu kecil untuk mengatakan penyalahgunaan kalimah Allah sebagai faktor utama penyebab akidah umat Islam di Malaysia tergadai. Ya, terlalu kecil jika mahu di bandingkan dengan faktor dalaman orang islam itu sendiri.

Bak kata Dr Zaharuddin ketikamana memberi pandangan tentang isu ini.

“Nasihat saya, perkukuhkan ilmu dan penghayatan Islam diri dan keluarga masing-masing. Mantapkan perancangan dan pelaksanaan aktiviti oleh institusi ulama dan jabatan-jabatan yang menguruskan hal ehwal pembangunan agama Islam. Media hendaklah membantu menjadikan mana-mana tokoh ilmuwan Islam sebagai role model dan bukan artis. Hiburan dan budaya hedonisme tanpa objektif kecuali duit dan seronok patut dikaji semula dari diberi ruang terlalu banyak di media kerana bagi saya ia lebih banyak merosakkan umat Islam berbanding kalaupun Kristian menggunakan nama Allah dalam terjemahan Bible mereka. Kerana Bible-bible ini tidak masuk ke rumah majoriti umat Islam tetapi TV, radio dan media cetak masuk dan mempengaruhi setiap hari.  Jika itu dapat dilakukan, apapun dakyah, gerakan Kristianisasi termasuklah isu berkaitan nama Allah akan sentiasa terkawal dan tidak dapat menembusi daya tahan umat Islam.”

 

Hisyam Ahmad,

Mu’tah Jordan,

24012013

 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Dapatkan segera