Terbaru
Home » Cerpen » Penjara sebuah Pemikiran. [episod 1]

Penjara sebuah Pemikiran. [episod 1]

1174584_635208619836392_152905040_n

Jumud!

Kolot!

Taksud!

Itulah label yang awak selalu pakaikan kepada merekayang tidak sealiran dengan awak. Dan awak tidak bersendirian dalam menyediakan pakaian ini. Tapi awak turut di bantu oleh kawan-kawan awak yang lain. Ya, awak dan kawan-kawan awak.

Che Guevara, Karl Marx, dan Hugo Chevez. Figure-figure yang tidak asing dalam hidup awak. Mereka sering awak jadikan idola dalam gerak kerja awak. Pendapat-pendapat awak tidak sah sekiranya tidak di sekalikan dengan pendapat mereka. Ye la, merekakan pejuang kebebasan. Perjuangan mereka membatasi warna kulit mahupun idealogi. Kerana tujuan mereka adalah untuk menyelamatkan manusia.

Ya, itulah yang awak selalu perkatakan tentang mereka. Modal yang selalu awak gunakan untuk memuji mereka.

Pernah suatu ketika, seusai membaca kisah ustaz yang berkahwin dua yang di shared oleh seorang sahabat di dinding muka buku awak. Emosi awak terus berubah. Awak kelihatan seperti tidak senang dengan perbuatan ustaz itu. Sudahlah sebelum ini ustaz yang sama di kaitkan dengan memiliki kereta yang mewah.

Dengki! Owh, langsung tidak pernah wujud walau secebis perasaan itu pada diri awak.

Tapi perasaan tidak senang itu terdorong di sebabkan awak terlalu pelik dengan sikap orang agama. Bercakap tidak seperti bikin.

Mulut manis menceritakan sirah nabi junjungan berkahwin dengan perempuan janda ketika memilih untuk berpologami. Tapi sang ustaz samalah yang mengambil si dara sebagai isteri kedua. Sedangkan ramai lagi si janda hidup menderita.

Tidak kurang juga ketika memperkatakan tentang besederhana dalam kehidupan. Di bawalah cerita-cerita tokoh Islam yang lampau. Bagaimana Umar Al-Khattab melarang anaknya Abdullah dari memiliki baju dari kerajaan. Kezuhudan Umar Abdul Aziz ketika menjadi pemerintah Negara.

Tapi, sekali lagi ustaz yang sama jugalah bermegah-megah dengan kereta mewah itu. Di saat pengikutnya masih lagi di tahap merana.

Lantas sepotong kata al-Khalik kepada sekalian makhluknya menjengah kepala awak.

“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!

Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.” (As-saff 2,3)

Saat itu awak merasa semakin yakin dengan pilihan awak. Ya, pilihan awak tepat. Yang menjadikan tokoh sosialis sebagai idola awak berbanding golongan ustaz yang bertopengkan agama demi memenuhi nafsu yang tidak pernah puas. Awak semakin selesa dengan pilihan awak ini.

“Che Guevara. Atau nama sebenarnya Ernesto Guevara de la Serna, seorang pejuang beraliran kiri yang berfahaman sosialis banyak membantu dan menyedarkan rakyat miskin di benua Amerika Latin. Seorang doktor yang berasal dari Argentina.

Ya, Che Guevara merupakan seorang pejuang sosialis, satu kumpulan di asaskan oleh Karl Marx, yang sering kali di gambarkan dengan gambaran negatif oleh sang ustaz. Kononnya mereka ini fahaman yang tidak bertuhan. Memisahkan agama dengan kehidupan.

Tapi bagi awak, apalah sangat kalau agama itu di ikat dengan kehidupan, tapi yang menerima kebaikannya hanya golongan pak ustaz dan konco-konconya semata-mata. Sedangkan penganut bawahan yang lain terus tertindas dan terus merana.

Berbeza dengan Che Guevara, beliau sanggup menggadaikan nyawa untuk mengembalikan keadilan dan kesejahteraan hidup kepada rakyat. Buktinya beliau telah dihukum mati terus oleh Tentera Bolivia di La Higuera berhampiran Vallegrande pada 9 Oktober1967 ketika berumur 39 tahun.”

Awak menyudahi kata-kata ayat kepada Hakim, sahabat awak yang ketika itu berada di sebelah awak. Dengan penuh kepuasaan. Dengan penuh keyakinan. Yakin dengan pilihan dan perjuangan awak itu. Sambil jari telunjuk awak di arah ke dinding sebelah kiri awak berada.

Mata Hakim turut sama bergerak mengikut pergerakkan jari telujuk awak itu. Kelihatan gambar seorang lelaki lingkungan awal 30-an tertampal padanya. Memakai beret hitam bersama sebutir bintang pada kepalanya. Bermisai separa lebat dan rambutnya separa panjang, bahagian tepi menutup telinga dan belakang melepasi bahagian leher.

Awak kelihatan bangga.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Dapatkan segera