Terbaru
Home » Ulasan Buku » Ulasan Buku #2: Cikgu Kelas Sebelah

Ulasan Buku #2: Cikgu Kelas Sebelah

29791408_1862459807111261_6436029667395649327_n

Membaca buku ini seakan-akan membawa diri ini kembali kepada zaman mula mengenal sekolah, kurang lebih 23 tahun yang lepas. Zaman hidup sebagai seorang kanak-kanak yang tidak mengerti apa itu keserabutan hidup, apa itu masalah politik, apa itu putus cinta dan apatah lagi kafir-mengkafir sesama saudara Islam.

Penulis memulakan buku ini dengan penuh kerendahan hati, sebagai seorang badut yang harus bersedia jiwa dan raga bagi menerjunkan diri dalam profesion perguruan yang penuh dugaan dan cabaran. Walaupun hidup sendiri tidak sebahagia dan selancar yang diharapkan, namun demi anak bangsa, si Badut ini tidak pernah lokek untuk mengukir senyuman pada wajahnya bagi membahagiakan sekalian anak didiknya. Tidak pernah geli ketika bergaul dengan anak muridnya, walaupun secomot mana sekali pun penampilan mereka, si badut ini bersedia menerima dengan hati dan tangan yang terbuka.

Antara kisah menarik yang dikongsikan oleh penulis dalam buku ini adalah berkenaan perangai kanak-kanak (berusia 7-9 tahun) yang jujur dalam pertuturan, ikhlas dalam setiap ungkapan, menghiburkan hati dan sebagainya. Antaranya kisah seorang anak murid beliau yang begitu jujur dan lurus bila berkata-kata sampai menceritakan segala rahsia antara kedua orang tuanya pada beliau tanpa berlindung.

Namun, di sebalik keceriaan, terdapat juga banyak kisah yang mencabar dirinya sebagai seorang guru ketika berhadapan dengan anak murid yang pelbagai ini. Antaranya pemikiran luar kotak dikalangan anak murik beliau tiap kali berlakunya sesi soal jawab. Contohnya dalam buku ini bila mana berlangsungnya sesi latihan kebakaran di sekolah.

Di sebalik kelucuan, kegembiraan ketika membaca perkongsian dari penulis buku ini, sesekali mata berhabuk tanpa diduga ketika membaca kisah yang menyayat hati di kalangan murid beliau. Bagaimana seorang guru itu tidak hanya berkorban masa dan tenaga, namun emosi juga menjadi taruhan tika mana menjalankan tugasan yang mulia ini.

Secara umumnya, penulis ini tersangat enjoy dengan profesion guru yang dipilih ini, walaupun di luar sana tidak sedikit mereka yang merendahkan martabat seorang pendidik dengan pelbagai gelaran dan tohmahan, malahan rungutan juga lahir dikalangan pendidik sendiri atas cabaran profesion ini. Namun, beliau dengan berjiwa besar telah mencipta falsafah tersendiri dalam memastikan diri beliau terus gembira dengan profesion yang dipilihnya ini.

Tahniah buat Cikgu Fadli Salleh atas segala sumbangan dan jasa dalam mendidik anak-anak bangsa.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Dapatkan segera