Terbaru
Home » Artikel » Aung San Suu Kyi- Pencabul Nobel keamanan.

Aung San Suu Kyi- Pencabul Nobel keamanan.

Beberapa tahun dahulu (tahun 2013 mungkin), usai menonton filem The Lady, arahan Luc Besson (seorang pengarah kelahiran Perancis),

–Filem yang mengisahkan ketokohan seorang perempuan cekal Burma, Aung San Suu Kyi (lakonan Micheal Yeoh) dalam membebaskan kesengsaraan rakyat Burma dari kekejaman rejim Tentera yang di ketuai oleh jeneral Tan Shwe. Kecekalan dan kesungguhan beliau membela rakyat Burma turut mendapat perhatian dunia, sehingga membolehkan dirinya menerima hadiah Nobel keamanan.-

lady_ver3

Dek kerana terlalu teruja dengan kejayaan dan pengorbanan yang dilalui oleh Aung San Suu Kyi ini, aku terus ‘upload’ poster ceritanya pada status facebook, kononnya untuk menyuntik semangat anak muda dalam mencari makna hidup dalam diri mereka.

Namun, beberapa ketika kemudian, seorang senior meninggalkan komen yang cukup menggugat kepercayaan diri pada tokoh ini.

Kata senior itu, “Watak Aung San Suu Kyi sebenarnya tidak berkesan sebagai pemimpin penyatuan, apatah lagi untuk menjadikan ikon kedaiaman kepada setiap rakyat Burma, khususnya penduduk di kawasan Arakan, warga Rohingya.”

Waktu itu, aku tidak berapa mengerti apa yang mahu disampaikan oleh senior ini, malahan wujud perasaan tidak setuju dengan komen balasnya. Iyalah, mana mungkin penerima Nobel Keamanan patut dipertikaikan sedemikian.

Namun hari ini, aku cukup bersetuju dengan kenyataan dari senior itu, sungguh, Aung San Suu Kyi ini sebenarnya wajar digelar penerima Nobel Keaman yang bersifat munafik. Saat bangsa Rohingya ditekan, dibunuh dan diperlakukan seperti binatang, dia masih lagi membisu, bahkan mula menyalahkan bangsa Rohingya itu sendiri di atas apa yang sedang menimpa mereka itu.

Semoga masyarakat dunia terus membuka mata, pengiktirafan Aung San Suu Kyi ini harus ditarik balik, Kerana bukan keamanan yang beliau sedang lakukan, namun kezaliman dan penghapusan etnik benda yang lebih tepat.

Filem : http://www.imdb.com/title/tt1802197/

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Dapatkan segera