Terbaru
Home » Puisi » Taman Demokrasi

Taman Demokrasi

11081019_949071921783392_2437951222536930031_n

 

 

 

 

 

 

 

 

Kata kau

tanah ini milik kita semua

taman demokrasi tujuan utamanya,

setiap orang punyai inci sama

untuk menyemai benih idea,

ruang cahaya matahari serupa

isipadu air sekata

agar tumbesaran melata.

 

Namun,

belum sempat benih idea itu berputik menjadi bunga,

seinci demi seinci tanah taman itu

engkau pagari

ditebas

dicantas bunga yang mula memekar,

atas alasan

bunga si dia tidak secantik bunga kamu.

 

Ah… hakikatnya bukan bunga si dia tidak cantik,

tapi bunga dari pohonmu mula dijangkiti penyakit,

memburuk dan membusuk.

 

Ya,

aku bukanlah petani yang bernasib malang itu,

aku hanya pengunjung taman,

yang rindu untuk memetik bunga yang beraneka macam,

tanpa rasa dipaksa mahupun ditekan.

 

Mu’tah, Jordan 2015

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Dapatkan segera