Terbaru
Home » Artikel » Tatkala Mindset itu rosak.

Tatkala Mindset itu rosak.

Bila sebut pasal cantik, mesti kita pandang awek k-pop,

Bila cakap pasal cinta, mesti kita ingat cerita Bollywood,

Bila bicara pasal bahagia, kita mesti ingat orang bercinta.

 

Beginilah sikap kebanyakkan kita dalam menyantuni kehidupan seharian. Seringkali kita tersilap memilih neraca ketika mahu membuat penilaian pada sesuatu benda dan keadaan.

Hasilnya, kita gagal mendapatkan natijah yang tepat setiap kali kita menilai sesuatu benda dan keadaan, malahan lebih teruk lagi natijah itu sebenarnya jauh tersasar dan terpesong dari titik kebenaran yang sejati, seterusnya menjadi darah daging dalam diri kita.

Real-or-Fake

Mengapa ini semua terjadi?

Mengikut pengamatan saya, hal ini terhasil berpunca dari beberapa sebab, antaranya :

1-      Cetek ilmu.

2-      Jati diri yang lemah.

3-      Kurang kasih sayang.

 

  1. Cetek ilmu.

Ilmu dan kehidupan tidak dapat dipisahkan, sama ada kehidupan itu pada alam dunia mahupun akhirat. Tanpa ilmu yang mencukupi, seseorang itu akan mudah tertipu dengan dunia sekeliling mereka.

Malahan kepentingan ilmu ini jug turut dinyakatan oleh Allah swt pada firman-Nya :

“Katakanlah lagi (kepadanya): “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” [Az-zumar 9]

Maka, dek kejahilan diri, kita menelan apa juga perkara yang disuap kepada akal kita.

  1. Jati diri yang lemah.

Semakin hari, kehidupan kita semakin dipengaruhi oleh media dan hiburan. Setiap berita yang dibawa media, akan ditelan tanpa sebarang persoalan, setiap nilai yang pamer oleh media, akan diterima tanpa sebarang kesangsian. Kerana diri kita sudah tidak mempunyai kekuatan, jati diri sudah roboh dek hiburan yang melampau.

Lantas kita mudah dipengaruhi oleh media dan sekeliling kita. Sehingga media berjaya mengubah cara pandang kita pada sesuatu. Media berjaya membuatkan kita percaya, yang putih itu hitam, dan yang hitam itu putih.

  1. Kurang kasih sayang.

Faktor terakhir yang menyumbang pada perkara ini, adalah kurangnya kasih sayangnya kita dalam menjalani hari-hari dalam kehidupan ini. Lantas, kita cuba untuk melakukan apa jua tindakkan yang mampu menarik orang sekeliling kita memberi tumpuan pada kita.

Pantas, kita mengambil artis-artis barat untuk dijadikan idola kita, kerana pada fikiran kita, kehidupan mereka itu penuh dengan kemasyhuran, penuh kegembiraan, penuh kasih sayang. Padahal hakikatnya, bukan sebegitu.

Malahan lebih teruk lagi, bila perangai ini turut dibawa dalam membuat penilaian ada ilmu agama. Sehingga pada satu tahap, kita tidak boleh membezakan mana satu amalan yang betul-betul bersandar pada nabi Muhammad saw, dengan amalan yang dibuat buat oleh agamawan.

Umpamanya, bila sahaja kita sebut pasal selawat dan zikir, minda pasti akan teringat pada majlis zikir dan yahana, walhal bukan itu kaedah dan teks zikir yang sebenarnya.

Langkah untuk mengatasi.

Terakhirnya, saya mencadangkan beberapa langkah untuk mengatasi diri kita dari terjebak dalam keadaan ini.

1-      Sama-samalah kita menuntut ilmu agar setiap berkara yang mahu kita lakukan itu bersandarkan pada ilmu, bukan pada ikutan semata-mata.

2-      Teguhkan jati diri kita dengan bekalan yang cukup, (ilmu, agama, dan seumpamanya) agar kita tidak mudah goyang dalam menjalani kehidupan pada waktu yang amat mencabar ini.

3-      Kembalilah kepada Allah, kerana Allah adalah sebaik-baik tempat kita menggapai kasih sayang dan kebahagiaan.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Dapatkan segera