Terbaru
Home » Artikel » Smartphone vs Cellphone

Smartphone vs Cellphone

h--my_documents-etelesolv-pictures-oldvssuper_copy-resized-600.jpg

Dewasa ini, penggunaan telefon pintar semakin mendapat tempat di hati penduduk dunia. Dengan fungsinya yang dicipta semakin canggih, kegunaannya semakin meluas, memudahkan urusan hari para penggunanya. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan telefon yang tidak pintar (cell phone) semakin terasing penggunaannya.

Telefon pintar lebih mendapat tempat dari telefon biasa kerana fungsi yang ada padanya pelbagai, bukan hanya terhad kepada fungsi asas sesebuah telefon dicipta, yakni untuk membuat panggilan dan menghantar pesanan. Tapi telefon pintar menyediakan khidmat yang lebih dari itu, umpama ia boleh dijadikan alat untuk mengakses internet, diari peribadi, kamera, dan seumpamanya lagi.

Begitulah kehidupan ini, satu bentuk kelebihan atau kemahiran tidak cukup untuk memenuhi kehendak dan keperluan masyarakat, dan boleh dikatakan mereka yang hanya mempunyai satu kemahiran dalam kehidupan ini akan ketinggalan.

Sama jugalah dalam kamus kehidupan seorang pendakwah (pelajar aliran agama secara khususnya), jika hanya berbangga dengan ilmu asas agama yang kita miliki, kita tidak mungkin mampu memenangi atau memenuhi kekosongan jiwa sebuah masyarakat yang dahagakan ilmu agama.

Hal ini kerana berapa ramai antara kita memiliki ilmu agama yang cukup mantap, tapi dek kerana tidak memiliki ilmu tambahan dalam menyebarkannya, ilmu yang kita miliki itu tidak langsung memberi manfaat kepada masyarakat, bahkan lebih parah lagi bila kita sendiri menjadi asbab kepada orang menjauhi agama kita. Hanya kerana skill penyampaian kita yang tidak sempurna.

Pendakwah dan soft skill

Dakwah, ertinya kegiatan menyeru dan meyakinkan orang lain supaya menerima sesuatu kepercayaan[1], dan pendakwah pula orang yang melakukan kegiatan menyeru dan meyakinkan orang lain supaya menerima sesuatu kepercayaan.

Mengikut sisi pandang agama Islam pula, pendakwah adalah mereka yang menyeru dan meyakinkan manusia untuk menerima Islam dan seisinya. Malahan tugasan ini sebenarnya wajib kepada setiap mereka yang menjunjung dua kalimah syahadah yang besar itu.

Firman Allah taala:

Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!” [Fussilaf : 33]

Melihat kepada pengertian diatas, dapatlah kita faham, untuk menjadi seorang pendakwah yang berkesan, tidak dapat tidak seseorang itu perlulah menguasai mempelbagaikan cara penyampaian dakwah mereka, agar apa yang disampaikan itu sampai dan menarik minat pendengarnya.

Pada era langit terbuka ini, pendakwah perlulah mewajibkan diri mereka untuk mempelbagaikan kemahiran untuk menyampaikan inti Islam yang ada pada mereka. Samada melalui kemahiran penulisan, syarahan, vidoegafi, cerita pendek atau apa jua jalan sekali pun. Ini bagi memastikan dakwah yang kita bawa itu segar dan tidak bosan untuk dihayati, terutama bagi golongan muda.

Saya tidak menafikan keberkesanan dan peranan pendekatan orang lama dalam menyampaikan dakwah, seperti berceramah dan bersyarah. Namun, kita perlu sedar, jika hanya melalui ceramah dan syarahan, pendengarnya hanyalah dikalangan mereka yang telah mempunyai asas dan kesedaran untuk mendalami ilmu agama. Tapi sekiranya kita mampunya mempelbagaikan cara penyampaian, sasaran khalayak kita sudah tentunya lebih luas, tanpa mengira latar belakang mereka.

Umpamanya, jika kita mampu mengahasilkan satu cerita pendek yang sarat dengan inti-inti islam, (bukan dalam kerangka kecil yang seringkali kita dimomokkan), sasaran dakwah kita sudah semestinya lebih ramai dan pelbagai latar belakangnya.

Mungkin dulunya hanya melibatkan mereka di masjid, namun kini lapangannya lebih luas, di youtube, kaca televisyen dan seumpamanya. Atau mungkin jika dulu sasaran kita hanya tersekat pada mereka yang sudah punyai bibit-bibit cinta pada Islam, namun kini sasaran kita melewati sempadan itu.

Begitulah menunjukan betapa perlunya seseorang pendakwah itu mempelbagaikan cara penyampaian dakwah mereka.

Namun begitu, dalam keghairahan kita mengejar softskill untuk menyampaikan dakwah, janganlah pula kita meninggalkan ilmu agama itu sendiri, takut nanti gayanya seperti smartphone clone yang dihasilkan oleh syarikat China, fungsinya terlalulah banyak, namun baru sebulan guna, badannya telah meletup.

 

[1] Kamus Dewan Edisi Ke 4

 

Hisyam Ahmad,

Mu’tah Jordan,

24/12/2014

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Dapatkan segera