Terbaru
Home » NoPen » Kita dan Kritikan

Kita dan Kritikan

kritikan

Hidup ini tidak mungkin sunyi dari kritikan dan perhatian manusia, kerana tidak semua perkara yang kita lakukan akan dipersetujui orang sekeliling, samada perkara itu berbentuk prinsip hidup atau tindakan kita dalam mengurus sesuatu.

Ini kerana ianya sudah tersurat dalam fitrah penciptaan manusia, tabiatnya pelbagai. Maka mana mungkin kita mampu memenuhi dan menuruti kehendak setiap mereka.

Namun pandangan dan kritikan ini juga penting bagi kita bagi memastikan kita terus relevan dengan kondisi mereka di sekeliling kita, kerana dari kritikanlah kita dapat mengenali kelemahan dan kekurangan diri, dari kritikan jugalah kita mampu menjadi lebih baik di kemudian hari.

Tapi, jangan sekali-kali kita membiarkan kritikan itu mempengaruhi perjalanan hidup kita, kerana kita lebih mengetahui kondisi hidup kita, potensi diri kita.

Jangan biarkan perancangan dan perjalanan hidup kita terbantut dek kerana terlalu mengfokuskan kritikan yang dilontarkan manusia.

p/s: Kebiasaannya yang dikritik itu lebih berguna dari yang mengkritik.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Dapatkan segera