Terbaru
Home » Artikel » Menulislah #1

Menulislah #1

why_I_write

Bagiku, penulisan merupakan salah satu cabang yang luas untuk seseorang itu menyebarkan kebaikkan. Kerana medan yang mampu diisi oleh penulisan itu sangat terbuka luas dan merentasi zaman dan ketika.

Misalnya, kita boleh lihat karangan tinggalan penulis-penulis silam, berapa banyak manfaatnya dapat dihirup oleh pendahaga ilmu pada zaman ini. Waimma penulis itu dari dunia muslim, mahupun bukan. Sedangkan jasad mereka sudah lama meninggalkan kita.

Maka bagi aku, penulisan ini merupakan peluang yang besar untuk kita meninggalkan satu legasi yang panjang di hari kemudian. Satu ladang pahala yang cukup subur sekiranya disemai dengan benih yang elok dan berkualiti.

Dunia penulisan juga sebenarnya menuntut seseorang itu lebih gigih dan bersungguh dalam memahami sesuatu, kerana untuk menghasilkan sebuah karya yang berkesan, seseorang itu tidak cukup sekada dibekalkan dengan pen dan kertas semata-mata (mungkin pada zaman sekarang Keyboard dan Microsoft Word).

Namun untuk menghasilkan suatu karya yang berkesan, seseorang itu harus menjalani proses pembacaan yang panjang, pemerhatian yang mendalam dan penelitian yang persis. Jika tidak, karya yang bakal dihasilkan itu hanyalah bersifat picisan sahaja. Dengan ini, sedikit sebanyak menjadikan aku lebih teliti dan cermat dalam menilai sesuatu serta mendambakan kefahaman yang jitu sebelum memulakan sesebuah karya.

Penulisan juga membuka ruang untuk kita mengetengahkan idea kita kepada masyarakat, di samping pada masa yang kita juga dapat mengkritik keadaan masyarakat itu sendiri.

Maka, dengan melihat manfaat yang besar ini, bagiku, tersangatlah rugi untuk kita tidak turut sama menyertai dunia penulisan ini. Ayuh mulakan tulisan anda. Semoga Allah meredhai usaha kita ini.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Dapatkan segera