Terbaru
Home » NoPen » Ceritera Kehidupan

Ceritera Kehidupan

A : Cuba sebutkan, apa keburukan yang ada pada orang arab.

B : Merokok, kuat menipu, pengotor, pemalas, pemarah, kuat gaduh, pembuli,pembazir, kuat makan bla..bla..bla..bla.

A: Cuba sebutkan pula kebaikkan yang ada pada orang arab.

B: Hurm.. Muliakan tetamu, hurm.. suka baca al-quran.. hurm.. apa lagi eh? (Sambil menggaru kepala yang tidak gatal)

Sedar tidak sedar, sudah 4 tahun berada di bumi Syam ini. Ramai kawan yang dulunya datang sekali sudah kembali ke Malaysia setelah berjaya menyelesaikan amanah sebagai penuntut ilmu. Aku masih lagi membilang hari, mempersiapkan diri bagi mengharungi setahun masa berbaki untuk turut sama menurut jejak mereka.

4 tahun bukanlah satu tempoh yang sekejap. Jika hari-hari dalam tempoh ini dilazimi dengan menendang bola, tentu hasilnya akan mencapai tahap Ronaldo dalam mengambil sepakan percuma. Jika dilazimi dengan membaca sebijik buku sebulan, sudah bermacam-macam disiplin ilmu yang telah ku miliki. Begitulah sunnah dalam kehidupan ini.

4 tahun berada di Jordan juga sangat mempengaruhi pembentukan diriku. Mungkin apa yang terasa janggal padaku di tanah ini semasa awal ketibaan ku telah menjadi sesuatu yang biasa. Tinggalnya apakah yang dirasakan biasa itu perkara yang positif atau negatif.

Kamu apa yang kamu pandang.

Dialog diatas sengaja dicipta untuk mengajak kita semua berfikir, bagaimana cara kita memandang sesebuah budaya. Apakah tumpuan kita lebih terarah kepada budaya negatif, atau tumpuan kita terarah pada budaya positif?

Dan jika persoalan di atas diajukan kepada pembaca, apakah respon yang sama akan diberikan.

Tidak dinafikan, sepanjang 4 tahun disini, terlalu banyak pengalaman pahit ketika berurusan dengan arab. Turun pagi dari rumah membawa senyuman, belum sempat punggung dilabuhkan pada ‘coaster’, senyuman disentap oleh pemungut tambang. Itu baru 10 minit pertama, belum  digambar lagi perjalan seharian penuh.

Namun begitu, sudah menjadi tabiat kehidupan. Dalam sesuatu perkara, tidak semua yang ada padanya buruk, tentu ada yang baik. Masyarakat arab juga begitu. Di sebalik keburukan yang sering menghantui jiwa kita, masih banyak nilai kebaikkan yang mampu mendamaikan hati kita.

Masyarakat secara umumnya terkenal dengan sifat mulia mereka dalam melayan tetamu. Bahkan sifat ini sudah menjadi amalan mereka sebelum kedatangan Islam lagi. Selain itu, orang arab juga terlalu akrab dengan al-Quran. Dalam bab solat pula, mereka sangat menitik berat untuk melaksanakannya. Dalam kedai ada ruang solat, kawasan letak kereta ada ruang solat, pondok keselamatan ada ruang solat. Semuanya demi memudahkan urusan menunaikan solat.

mbaca-quran

Bahkan jika mahu disenaraikan sifat positif yang ada pada arab ini, cukup banyak sebenarnya, Cuma timbul satu persoalan, sifat yang mana lebih melekat pada diri kita, yang buruk atau yang baik. Kuat merokok, atau suka membaca al-Quran. Panas baran atau muliakan tetamu. Suka berbohong atau mudah dalam urusan solat.

Semoga kita terselamat dari menjadi mereka yang sering berlebih-lebihan melihat keburukan sehingga lupa akan kebaikan yang ada.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Dapatkan segera