Terbaru
Home » Tokoh » Imam Suhaib Webb

Imam Suhaib Webb

humazah-sdw

Biodata

IMAM SUHAIB WEEB, seorang warga Amerika Syarikat yang kini berusia 42 tahun. Beliau di lahirkan di Oklahama, berlatar belakang keluarga Kristian. Namun begitu, pada usia 14 tahun, beliau seolah-olah hilang minat terhadap agama anutan keluagranya itu, sehingga dia melibatkan dirinya dengan aktiviti pemberontakan (delinkuensi) dengan menyertai band muzik tempatan sehingga beliau menjadi seorang DJ Hip Hop dan penerbit rakaman dengan pelbagai artis.

Pendidikan

Selepas kembali kepada agama firtah (Islam) pada tahun 1992, Webb telah meninggalkan kerjaya sebagai seorang DJ dan menyambung pengajian di University Of Central Oklahama, di mana dia telah berjaya menjadi graduan dalam bidang Pendidikan.

Beliau juga belajar secara persendirian dengan seorang guru dari Senegal, dalam bidang agama Islam dan Bahasa Arab, sehingga beliau di lantik menjadi Imam di Persatuan Islam di Bandar Oklahama, di mana beliau bukan sahaja menyampaikan Khutbah dan kelas-kelas agama, tetapi juga sebagai kunselor kepada keluarga dan orang muda.

Selepas berkhidmat sebagai Imam dan ustaz di perlagai tempat di negaranya, Webb memutuskan untuk melanjutkan pelajaran dalam Perundangan Islam di institusi pengajian terkenal di dunia, Universiti Al-Azhar. Di Azhar, selain mengikuti kuliah university, beliau juga turut belajar secara persendirian dengan pemikir-pemikir islam terkemuka.

Selepas beberapa tahun mendalami bahasa arab, Webb telah di lantik sebagai  Ketua Jabatan Bahasa Inggeris (dalam bidang penterjemahan) di Darr al-Ifta al-Masriyah.

Sewaktu bergelar pelajar dalam Perundangan Islam, Webb telah berjaya menyempurnakan hafalan al-Quran di Mekah. Imam Webb bukan sahaja belajar di AL-Azhar, tetapi  beliau juga memegang beberapa kelayakan dari ulama tradisional dalam pelbagai disiplin perundangan sebagai mana yang diamalkan dalam undang-undang Islam tradisional berabad lepas.

Pencapaian dan Sumbangan

Pada tahun 2009, laman web Imam Webb (www.suhaibwebb.com) telah berjaya menggondol anugerah “Blog of the Year” oleh Brass Grescent. Selain itu, antara pencapai Imam Webb yang lain juga adalah pengiktirafan sebagai “Moderate Muslim Leader” oleh kerajaan Britain pada tahun 2010, manakala terbaru, pada tahun 2013beliau turut di iktiraf sebagai salah seorang umat Islam paling berpengaruh di dunia (Most Influential Muslims in the World oleh Royal Islamic Studies Center.

Bermula Disembder tahun 2011 hingga bulan Mac 2014, Imam Webb telah menaburkan khidmatnya sebagai Imam di Pusat Kebudayaan Boston (Bolton Cultural Center). Manakala pada April 2014, beliau telah berpindah ke ISBCC Resident Scholar. Selain itu, Imam Webb juga seringkali memberi syarahan secara meluas di pelusuk dunia termasuk Timur Tengah,Eropah, Asia Timur,Afrika Utara,dan Amerika Utara. Beliau juga merupakan pengasas dan pada masa yang sama sebagai tenaga pengajar di Ella Collins Institute.

Imam Suhaib webb juga seringkali muncul di kaca Televisyen Malaysia melalui rancangan Reflection di saluran TV Hijrah.

Untuk mengetahui maklumat lanjut tentang beliau, pembaca boleh kunjungi laman sosial d bawah kelolaan beliau.

https://www.facebook.com/suhaib.webb/timeline

http://www.ISBCC.org

http://www.EllaCollinsInstitute.org

http://www.SuhaibWebb.com

https://twitter.com/ImamSuhaibWebb

 

Rujukan :

http://isbcc.org/imam-suhaib-webb/

http://en.wikipedia.org/wiki/Suhaib_Webb

http://marsyakusayang.blogspot.com/2013/01/imam-suhaib-webb.html

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Dapatkan segera