Terbaru
Home » Cerpen » Penawanan Semula [Episod 1]

Penawanan Semula [Episod 1]

Muslim itu bersaudara.

Tik Tik Tik

Bilah jarum saat jam tangan berdetik, mengelilingi orbitnya. Kedudukkan jam Casio itu betul-betul di perjuru kanan meja besar itu.

Doktor Firas membetulkan papan punggungnya, meletakkan pada posisi yang sesuai.

“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh”

Ucapan doa selamat di sebarkan kepada sekalian anak muridnya. Serak basah suara lelaki awal 40 an itu kedengaran.

“Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh”

Gema memenuhi ruang kelas itu, dari jawapan balas kepada doa selamat itu.

“InsyaAllah, sebelum kita mulakan pengajian pada hari ini, ingin saya mengajak anda semua untuk mengikuti perkembangan terkini keadaan saudara seakidah kita di Gaza”

Tangannya mengurut janggut pada dagunya perlahan-lahan. Bulu putih sudah menguasai bulu hitam. Sesuai dengan umurnya yang semakin mengingjak itu.

Suasana kelas kembali senyap. Anak-anak muridnya mula memberi tumpuan kepada topik yang di ajukan itu.

latuff_cartoon_coffin

“Sedarkah kita, hari ini sudah masuk hari ke 10 bumi Gaza di serang oleh Yahudi Laknatullah. Sudah beratus orang saudara kita telah syahid, dan hampir seribu orang yang mengalami kecederaan. Angkara serangan dari tentera Yahudi ini.

Sudah berapa ramai si kecil menjadi piatu dan si isteri menjadi balu rentetan dari pencerobohan tentera Yahudi ini.”

Matanya redup. Manik manik putih mula memenuhi kelopak mata beliau.

Kelas semakin sunyi.

“Namun, apakah kita turut merasai sama apa yang di hadapi oleh saudara kita di bumi Gaza sana. Atau kita masih lagi leka dengan dunia kita sendiri?”

Doktor Firas mengaju soalan kepada sekalian anak muridnya.

“Bukankah Junjungan besar kita pernah bersabda, sepertimana yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari dalam kitab sahehnya ; Perumpamaan orang mukmin itu dalam perkara berkasih sayang dan saling cinta-menyintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggota tubunhnya berasa sakit, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasai akan kesakitannya.

Lantas, wajarkah lagi kita terus meletakkan diri kita dalam zon selesa tatkala saudara seakidah kita terus menerus di lanyak di bumi Gaza sana?”

Bertubi-tubi beliau mengajukan soalan kepada anak muridnya.

Masing-masing mula menundukkan muka, menghadap lantai yang sedikit kelabu itu. Masing-masing mengambil jalan untuk membisu, diam dari menjawab persoalan beliau.

 

 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Dapatkan segera