Terbaru
Home » Tokoh » Dr Bilal Philips

Dr Bilal Philips

About-section-image

Biodata.

Dr Abu Ameenah Bilal Philips dilahirkan di Kingston, Jamaika. Kemudian beliau membesar di Toronto, Kanada, dimana dia kembali kepada fitrah (Islam) pada tahun 1972. Dr bilal Philips menyumbangkan keseluruhan hidupnya di jalan dakwah ini.

Dalam mempersiapkan diri kearah cita-citanya itu, Dr Bilal Philips mendapat pendidikan awal dalam pada peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam Jurusan “Islamic Disciplines” di Universiti Islam Madinah (1979), kemudian menyambung pada peringkat Ijazah Sarjana dalam jurusan Akidah di Universiti Raja Saudi di Riyadh (1985), dan kemudian melengkapkan pengajian di peringkat kedoktoran dalam Jurusan Teologi Islam di Universiti Wales (1994).

Selepas menamatkan pengajian di Universiti Madinah, Dr Bilal telah meluangkan masa selama 10 tahun untuk menjadi tenaga pengajar di Sekolah Tinggi Islam di Riyadh, dan sepuluh tahun berikutnya sebagai pensyarah dalam bidang Bahasa Arab dan Pengajian Islam di Amarika Universiti di Dubai, UAE.

Antara sumbangan lain dari Dr Bilal Philips juga adalah, beliau telah mengasaskan Pusat Informasi Islam Pertama di Dubai pada tahun 1994. Selain itu, Dr Bilal juga merupakan pengasas dan pengurus kepada Kolej Dakwah dan Budaya Islam (Collage Da’wah dan Islamic Culture) di Universiti Islam Omdurman, Sudan. Beliau juga merupakan pengasas dan Ketua kepada Akademi Pengajian Islam di Doha, Qatar.

Antara pencapaian terbesar yang di kecapi oleh Dr Bilal Philips dalam sumbangannya di Bidang dakwah ini adalah dengan tersenarainya sebagai “500 Muslim Paling Berpengaruh” oleh sebuah syarikat penerbitan di Jordan di atas jasanya dalam mengasaskan Universiti Islam Online (IOU) pada akhir tahun 2013, yang mana telah menarik 150,00 orang pelajar berdaftar dari 219 Negara di seluruh dunia.

Dr Bilal Philips juga di kenali sebagai penulis, penterjemah dan mengulas kepada lebih 50 buah buku mengenai pelbagai topik dalam Islam yang diterbitkan dan Dr Bilal juga telah menyunting dan menerbitkan 56 buah buku Siri Bacaan dalam Bahasa Inggeris untuk kanak-kanak dan sekolah Muslim.

Dr Bilal Philips juga banyak muncul di kaca televisyen sebagai penyampai kepada program-program Islam di saluran Riyadh Channel 2TVm Sharjah TV, Peace TV, Huda TV, Islam Channel, Deen Show,Chicago dan GuideUS TV.

Terkini (2014), Dr Bilal bertugas bertugas sebagai Imam dan Khatib di Abu Hurairah Centre, di mana beliau bertugas sebagai tenaga pengajar secara percuma di lima buah Universiti, serta bertugas sebagai Kaunselor Keluarga Muslim dua hari seminggu.

 

Dr Bilal Philips bolehjuga di hubungi di

http://www.bilalphilips.com/

https://www.facebook.com/DrBilalPhilips/timeline

http://www.youtube.com/user/aabphilips

https://twitter.com/DrBilalPhilips

 

Sumber Biodata : http://www.bilalphilips.com/

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Dapatkan segera