Terbaru
Home » Cerpen » Penjara sebuah Pemikiran. [episod 6]

Penjara sebuah Pemikiran. [episod 6]

1235257_638543009502953_2074678559_n

Kota Bharu 2010

Cuti semester 2 tahun pertama semakin menghampiri penghujungnya. Hanya beberapa hari sahaja lagi berbaki untuk awak kembali ke bumi tarbiah CFSIIUM  tercinta itu. Awak terus menghitung hari.

Udara kampung begitu segar untuk awak tinggalkan. Di tambah pula dengan keenakan nasi belauk Kak Ani yang menjadi santapan wajib awak setiap pagi semenjak bercuti ini. Cukup berselera. Walaupun hanya seketul ayam goreng kunyit menjadi lauk utama. Tapi rasanya cukup menyenangkan awak.

Mungkin kerana keikhlasan Kak Ani mencari sesuap rezeki untuk meneruskan kehidupannya.

Dilema. Sebenarnya awak berada dalam keadaan dilemma. Mahu meneruskan pengajian di bumi CFSIIUM atau memilih bumi Syam sebagai destinasi terbaru awak untuk terus mendalami ilmu. Dan dilemanya bukan hanya sekadar memilih destinasi, bahkan melibatkan pemilihan jurusan pengajian sekali. Meneruskan pengajian ilmu dunia (Kejuruteraan) di bumi Petaling Jaya ataupun mendalami ilmu akhirat (Fiqh Wa Usuluh) di bumi Syam sana.

Tiga hari lepas. Sedang asyik awak mengemas halaman rumah awak, seorang posman mengampiri perkarangan rumah awak, menitipkan sepucuk surat kepada awak. Surat pengesahan penerimaan awak sebagai mahasiswa Universiti Mu’tah di Jordan.

Semenjak surat itu tiba di tangan awak,perasaan awak sentiasa bercampur baur. Mahu menerima atau menolak tawaran yang terhidang itu.

Duit. Ya, duit semestinya perkara utama yang awak perlu pertimbangkan. Kerana melalui beberapa kajian ringkas awak buat terhadap negara Jordan, mata wang mereka, Dinar Jordan lebih tinggi berbanding Ringgit Malaysia.

Bahkan ketinggiannya mengatasi nilai Dolar Amerika.

1 JD bersamaan dengan RM4.50 Malaysia, berbanding 1 Dolar Amerika hanya bersamaan RM3.30 sahaja.

Selain soal duit, soal fikrah pengajian juga turut mengganggu pemikiran awak. Awak selalu di momokkan kononnya negara Jordan tempat lahirnya puak Wahabi. Puak yang di katakan sesat akidahnya. Dan antara tokoh lepasan Jordan yang sering di kaitkan dengan Wahabi di Malaysia adalah Dr MAZA, walaupun sering kali di nafikan oleh Dr MAZA sendiri.

Namun apa yang menyedihkan, bila golongan ini di soal balik apa itu wahabi, mereka asyik tergagap-gagap untuk menjawabnya.

Tidak membaca qunutlah.

Tidak membuat tahlillah.

Tidak berwirid selepas solatlah.

Semuanya hanya berkaitan dengan soal furu’, soal cabang dalam urusan ibadah. Langsung tidak menyentuh perkaitan akidah. Bahkan jika di perhalusi kitab-kitab muktabar mazhab syafi’e sendiri pun, tidak ada gesaan mahupun seruan dalam ibadat tahlil.

“Madi, pahtu gano keputuse mung ni. Nok terus kat matrik ko, nok gi Jorden ni” Lamunan awak terhenti dek soalan mak  awak.

Awak menundukkan muka awak. Mengarah kearah tanah. Kelihatan ekor anak ayam dan ibunya sedang galak mematuk kelapa kering.

“Tok tahu la mok, kito pun serbo saloh jugok ni.” Awak menjawab dengan nada acah tak acah.

“Dop la, mok takpo belako, mung nok gi ko toksir gi. Mok toksir pakso.”

“Hurm, tengokla mok, duo tigo ari lagi ambo buat keputuse. Nok sambung istiqoroh dulu.” Awak menutup perbualan awak pada tengah hari itu.

Beberapa hari kemudian….

Awak mengujungi ibu awak yang sedang berehat di raung tamu.

“Mok, oghe buat doh keputuse ni. Oghe nok sambung jorden. Buleh ko dop?”

“Ikut mung la awe, mok oyak doh kae aritu. Mok takpo belako. Asa mung seleso nge pilihe mung jah.”

Akhirnya awak meluahkan pilihan awak kepada si ibu, pilihan yang bakal mencorakkan masa depan awak selepas ini.

[Bersambung...]

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Dapatkan segera