Terbaru
Home » Tokoh » Nouman Ali Khan [Tokoh]

Nouman Ali Khan [Tokoh]

1474558_10151873643993644_683000168_n

Biodata :

Nouman Ali Khan merupakan seorang penceramah Islam yang terkenal di Amarika yang berasal dari Pakistan. Beliau juga merupakan pengasas kepada Institut Bayyinah (The Bayyinah Institute for Arabic and Qur’anic) yang berpusat di Amarika Syarikat.

Nouman Ali Khan mendapat pendidikan awal untuk Bahasa Arab semasa di Riyadh, Arab Saudi. Kemudian beliau meneruskannya di tanah airnya Pakistan. Selepas menamatkan pendidikan asasnya di Riyadh, beliau menerukan pengajiannya di Pakistan, dimana beliau menerima biasiswa di atas kecemerlangannya menempatkan diri dalam kelompok 10 pelajar terbaik pada tahun1993.

Namun begitu, beliau betul-betul bergiat secara serius dalam bidang Bahasa Arab ini pada tahun 1999, sewaktu berada di Amarika syarikat di bawah kelolaan Dr Abdus-Samie, pengasas Qiran College, Faisalabad, Pakistan, sewaktu beliau mengadakan lawatan tahunannya ke Amarika Syarikat untuk mengajar dalam Tafisr dan pengajian Bahasa Arab. Di bawah kelolaan Dr Abdus-Samie juga, Nouman Ali Khan membaiki an meningkatkan penguasaan dalam Bahasa Arab.

Beliau juga mendapat manfaat daripada Dr Abdus-Samie tentang kaedah unik dalam pengajaran, kemudian beliau menterjemahkan kaedah itu ke dalam bahasa inggeris untuk manfaat pelajarnya. Nouman Ali Khan juga pernah berkhidmat sebagai professor Bahasa Arab di Nassau Community College sehingga tahun 2006 dan telah berjaya mengajar Bahasa Arab Moden dan Tradisional di pelbagai tempat selama hamper 7 tahun, yang mana bilangan pelajar yang pernah terlibat seramai 10,000 orang di seluruh Negara itu.

Dan untuk perkembangan terbarunya, beliau sekarang sedang mewakafkan diri dalam menjayakan projek selama 7 tahun bagi memberi penumpuan Kajian Linguistik dan Sastera berfokus kepada pentafsiran Al-Quran dalam bahasa inggeris.

Nouman Ali Khan juga pernah beberapa kali di jemput oleh NGO-NGO di Malaysia untuk menyampaikan ceramah beliau tentang Al-Quran.

Bagi yang bercadang untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Nouman Ali Khan, bolehlah melayari website beliau dan rangkaian sosial yang berkaitan dengannya. Juga boleh dapatkan koleksi ceramah dari Nouman Ali Khan di sana.

 

http://bayyinah.com/
http://www.bayyinah.tv/
https://www.facebook.com/noumanbayyinah
http://www.nakcollection.com/
http://www.quranweekly.com/category/nouman-ali-khan/page/2/

 

Sumber Biodata :

http://en.wikipedia.org/wiki/Nouman_Ali_Khan

http://www.nakcollection.com/naks-biography.html

 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Dapatkan segera