Terbaru
Home » Tokoh » Mufti Ismail Menk [Tokoh]

Mufti Ismail Menk [Tokoh]

mufti-menk-quote

Biografi :

Ismail Musa Menk, beliau dilahirkan di Harare, Zimbabwe. Beliau seorang penuntut ilmu yang aktif dalam menyebarkan agama Islam pada zaman sekarang.

Beliau mendapat pendidikan awal di Harare, Zimbabwe, kemudian menyambung peringkat Ijazah Sarjana Muda di  Universiti Madinah. Beliau kemudianya menyambung Master dalam bidang Syariah di Gujerat, India.

Mufti Menk juga terkenal sebagai seorang yang berfikiran terbuka, pakar motivasi yang telah berjaya menawang banyak hati dan jiwa manusia.

Mufti Menk juga menjawat jawatan ketua di Jabatan Fatwa Majlis Ulama Islam di Zimbabwe (Head of the Fatwa Department of The Council of Islamic Scholars of Zimbabwe) atau di kenali juga sebagai Majlis Ulama Zimbabwe.

Mufti Menk juga merupakan salah seorang Muhaddithin dan Imam di Masjid Al-Falaah di Harare, Zimbabwe.

Beliau juga sering kali mendapat jemputan untuk menyampaikan ucapan (ceramah) dari Negara Luar. Selain itu, beliau juga turut aktif menyampaikan ceramah agamanya melaui media sosial. Umpanya Facebook, Twitter, dan Youtube.

Mufti menk juga seringkali meluangkan masanya bersama mereka yang kurang bernasib baik, dengan cara menolong dan memberi pendidikan (mengajar) mereka.

Setiap tahun, beliau menghabiskannya pada bulan Ramadan dengan mengajar masyarat tentang ilmu al-Quran, dan aktiviti ini dijalankan dengan percuma, yang tidak mengenakan apa kos. Beliau menjalakan semua ini hanya demi mencapai keredhaan Allah.

Tiada hak cipta, tiada cas, tiada royalty dan tiada kos yang dikenakan bagi menjemput beliau.

Semoga Allah merahmati kita semua, dan melindungi Mufti menk dari segala kejahatan seta semoga Allah terus memberi kekuatan kepada beliau untuk menyampaikan usaha murni ini.

 

Antara Medium Sosial yang di Miliki oleh Mufti Menk.

http://www.muftimenk.co.za
http://www.twitter.com/muftimenk
http://www.youtube.com/muftimenkrox
http://www.majlis-zimbabwe.org
https://www.facebook.com/muftimenk/timeline

 

Maklumat asal : https://www.facebook.com/muftimenk/info

 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Dapatkan segera