Terbaru
Home » NoPen » Nilai Tambah

Nilai Tambah

image

Nilai tambah, merupakan satu kemahiran yang perlu ada pada diri mereka yang mahu menjadi pendakwah. Agar ia dapat bersaing dan berada di dunia yang serba mencabar ini.

Kekadang seorang pendakwah itu di tolak oleh masyarakat yakni mad’u mereka dek kerana ceteknya ilmu agama yang di miliki mereka, namun mereka di tolak di sebabkan kurangnya ilmu sokongan dan ceteknya skill penyampaian mereka.

Contohnya, di sebabkan kegagalan mereka memahami ilmu psikologi manusia, maka di layannya setiap mad’u mereka dengan cara yang sama. Walhal setiap manusia mempunyai tahap pemikiran dan penerimaan maklumat yang berbeza. Umpamanya masyarakat kampung dan masyarakat bandar.

Namun begitu, terlalu fokus kepada nilai tambah tanpa mendalami asas utama ilmu agama juga menjadi masalah besar kepada pendakwah, bahkan lebih teruknya ia bakal menjadikan dunia dakwah itu terfitnah dek kerana golongan kedua ini.

Menjadi ustaz selebriti itu tidaklah salah, namun pastikan persiapan untuk menjadi ustaz itu lebih utama dari menyiapkan diri sebagai selebriti.

Hisyam Ahmad,

Mu’tah Jordan

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Dapatkan segera