Terbaru
Home » Cerpen » Penjara sebuah Pemikiran. [episod 5]

Penjara sebuah Pemikiran. [episod 5]

1069410_638187562871831_554077203_n

Petaling Jaya 2009

Setelah hampir 3 bulan berada di bumi tarbiyah CFSIIUM, usrah dan awak kelihatan cukup sebati. Seperti isi dan kuku mungkin, yang mana saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Kekok, ya, itu dulu, tapi sekarang perasaan itu sudah tiada, walaupun awak masih lagi dengan cara pemakaian awak, namun semua itu tidak menjadi alasan untuk awak terus aktif dengan usrah. Ini semua berkat dari sifat keterbukaan yang di miliki oleh naqib awak, ustaz Bob. Tidak menjadikan pakaian sebagai penghalang orang seperti awak menjalani proses tarbiyah.

Berbeza dengan kawan awak si Rosli, yang memiliki sikap dan keterampilan yang tak ubah seperti awak. Jeans dan t-shirt sering kali menjadi pilihan utama setiap kali mengenakan pakaian pada tubuh. Melainkan saat-saat terpaksa, seperti ketika hendak menghadiri kuliah. Rosli pada awalnya seperti awak juga, teringin untuk mengikuti usrah. Tapi jodohnya tidak berpanjangan dengan usrah, hanya kerana di sebabkan naqib dan pakaiannya.

“Jumud! Kolot! Islam bukan hak milik eksklusif  golongan berkopiah dan berjubah, mahupun berseluar slack. Tapi islam itu milik semua manusia.” Awak melepas geram sebaik sahaja berita tentang ‘perpisahan’ Rosli dan usrahnya sampai kepada awak. Hanya di sebabkan kemujudan pegangan seorang manusia yang bergelar naqib itu.

Padahal naqib itu sendiri sering memuji Rosli di hadapan awak, puji tentang kerajinan Rosli, kepekaan dalam merespon isu, kemas dalam berhujah dan lebih-lebih lagi seorang anak usrah yang istiqomah dalam menghadiri usrah setiap kali di jalankan. Tapi, hanya kerana cara pemakaian, Rosli terus di pulau, kononnya imej Rosli itu mendatangkan fitnah kepada keizzah Islam.

“Ah….!!!! Sebab pakaian kamu kata imej Islam dan pendakwah tercalar. Namun pernah kamu sedar, betapa sikap jumud kamu itu telah menjarak ramai anak muda dengan Islam.” Awak terus menyambung rungutan awak itu, penuh kegeraman.

Ya, memang tidak boleh di nafikan, betul apa yang awak perkatakan itu, ramai golongan yang mendakwa diri mereka sebagai ustaz dan ustazah sedang hanyut di dunia mereka sendiri. Yang sering menjadikan Islam hak milik eksklusif golongan seperti mereka semata-mata.

Yang bertudung labuh memandang jelek pada golongan bertudung tiga segi, apatah lagi yang langsung tidak bertudung.

Yang berkopiah berjubah memandang kehinaan mereka yang berseluar jeans, seolah-olah  dengan tudung labuh dan kopiah itu boleh menjamin mereka ke syurga.

Apakah mereka lupa, tinggi rendah nilai seseorang itu bukanlah pada pakaian apa yang mereka pakai, namun semua itu bergantung kepada nilai ketaqwaan mereka kepada Allah.

“Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antara kamu.” [Al-Hujurat 13]

“Nah wahai ustaz ustazah sekalian, tunjukkan aku di mana tempatnya Allah meletakkan tudung labuh dan jubah itu sebagai tanda aras untuk mengukur tinggi rendah nilai ketaqwaan seseorang!” Satu persoalan awak sempat lontarkan, dengan harapan ustaz ustazah yang sedang membaca kisah awak terasa dengan pemikiran jumud yang di miliki mereka ini.

Ya, menutup aurat itu satu perintah yang wajib di laksanakan oleh setiap muslim. Tapi syarat untuk di katakan seseorang itu sudah menutup aurat bukanlah hanya dengan memakai tudung labuh dan jubah serta seluar slack dan baju kemeja semata mata.

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [Surah Al-Ahzab : Ayat 59]

Namun tidak bagi awak. Awak sungguh beruntung, kerana di kurniakan naqib seperti ustaz Bob.

Pernah suatu ketika, di awal-awal pembabitan awak dengan dunia usrah ini. Awak bertanya kepada ustaz Bob soal etika pemakaian ini.

“Bagi ana pakai tidaklah menjadi soal yang besar untuk di perdebatkan. Pakailah apa jua pakaian yang kamu rasa selesa dengannya. Tapi janganlah sampai tahap pakaian kamu itu tidak melanggar batasan syariat yang di tentukan Islam.” Jawab ustaz Bob dengan penuh kemesraan.

[Bersambung...]

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Dapatkan segera