Terbaru
Home » NoPen » Nota si Pendosa 1

Nota si Pendosa 1

734532_570464482978000_1665199020_n

Kita seringkali merasa gelisah dengan dosa yang pernah kita lakukan.

Kita seringkali terbeban dengan dosa yang pernah kita kerjakan.

Kita seringkali rendah diri dengan dosa silam kita.

Sehingga menyebabkan dosa silam kita banyak mempengaruhi tindak tanduk kita sekarang ini. Contohnya, bila kita melakukan kesilapan pada sifulan pada masa silam, kita pasti akan merasa malu untuk menegur kesilapannya pada masa kini. Sebab kita merasakan martabat diri kita terlalu rendah di mata sifulan itu.

Namun, lupakah kita pada kisah Nabi Allah Musa as. Bukankah baginda juga pernah tersilap dalam melayani kaum Firaun, sehingga menyebabkan menyebabkan kematian tidak sengaja seorang anak bangsa firaun dalam usaha baginda as meleraikan pergaduhan.

Dan masuklah ia ke bandar (Mesir) dalam masa penduduknya tidak menyedarinya, lalu didapatinya di situ dua orang lelaki sedang berkelahi, – seorang dari golongannya sendiri dan yang seorang lagi dari pihak musuhnya. Maka orang yang dari golongannya meminta tolong kepadanya melawan orang yang dari pihak musuhnya; Musa pun menumbuknya lalu menyebabkan orang itu mati. (pada saat itu) Musa berkata: “Ini adalah dari kerja Syaitan, sesungguhnya Syaitan itu musuh yang menyesatkan, yang nyata (angkaranya) ” (Al-Qasas 28:15)

Nah, apakah selepas melalui pengalaman ini, nabi Musa as mula menjadikan khilafnya pada masa silam sebagai penghalang untuk baginda menyampaikan dakwah kepada kaum Firaun. Sudah semestinya tidak, bahkan nabi Musa as akhirnya berjaya menghapuskan ketuhanan firaun di bumi Mesir itu sendiri.

 

Hisyam Ahmad,

14 Mac 2014,

Mu’tah Jordan.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Dapatkan segera