Terbaru
Home » NoPen » Analogi sebatang rokok

Analogi sebatang rokok

rokok-kadaluarsa

Suatu petang, dalam sebuah kelas, doktor kami berbicara tentang perihal (hukum) merokok, halal mahupun haram. Di bawanya satu analogi menarik saya kira. Perbualann antara seorang guru dan anak muridnya, tentang hukum merokok.

Anak murid : Syeikh, apa hukum merokok. Halal atau haram?

Guru : (tidak menjawab dengan nas agama, tapi tangannya mengambil satu not wang kertas dalam poket baju dan mengeluarkannya. Sang guru menggulung not kertas itu kelihatan seakan-akan sebatang rokok) Nah, kamu bayangkan sedinar ini sebagai rokok, dan kamu nyalakannya. Apa pandangan kamu?

Anak murid : Membazir tu Syeikh, membakar duit.

Guru : begitulah perihalnya dalam merokok, Cuma perbuatan merokok itu tidaklah membakar wang secara langsung. Kerana duit itu telah di tukar kepada rokok (ketika kamu membelinya).

Bagi aku, analaogi ini tersangatlah menarik untuk menyedarkan sahabat-sahabat yang masih susah untuk meninggalkan tabiat itu. Kerana jika di bawa dalil agama, mesti akan berlaku khilaf, haram mahupun halal. Namun jika dibawa logik, ramai yang sepakat untuk mengataka merokok itu membazir, merokok itu membahayakan kesihatan, bahkan ramai yang bersetuju dengan seribu satu fakta tentang keburukan tabiat merokok, walaupun beliau seorang perokok yang tegar.

p/s : Namun tidaklah elok untuk menghukum seseorang itu teruk, bilamana beliau terkhilaf dalam kehidupannya, mungkin beliau cukup lemah dalam mengatasi masalah merokok, namun dalam masalah lain, dia seorang yang kuat, bahkan ilmu dan amalannya jauh lebih baik dari kita. Sama-sama kita doakan kebaikkan antara satu sama lain.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Dapatkan segera