Terbaru
Home » Artikel » Hebatkah aku?

Hebatkah aku?

Dulu aku selalu berpendapat,

Tanpa aku, orang tidak akan mendapatkan hidayah,

Islam tidak akan tersebar,

Agama Allah tidak akan dapat di tegakkan.

 

Lalu aku mulai sombong,

Melihat pembuat maksiat penuh dengan dosa,

Menghukum mereka sesesat-sesatnya,

Seolah-olah cahaya hidayah itu aku yang kurnia,

Umpamanya kunci Syurga aku yang pegang.

 

Namun, sebenarnya aku silap,

Tanpa aku agama Allah terus juga tersebar,

Bukan Islam yang memerlukan aku,

Tapi aku yang memerlukan Islam.

 

Berapa ramai pelaku maksiat kini kembali kepadanya,

Ya tanpa keterlibatanku.

Berapa ramai pelaku maksiat lebih ikhlas agamanya,

Ya, sekali lagi tanpa keterlibatanku.

Bahkan mereka ini lebih besar sumbangan kepada Agama Allah,

Juga tanpa keterlibatanku.

 

Kini Aku mulai faham,

Hidayah itu milik Allah secara mutlak,

Jika Dia mahu seseorang itu kembali kepada-Nya,

Tidak ada tangan-tangan manusia yang dapat menghalangnya,

Walau aku terus menghukum negatif pelaku MAKSIAT.

 

p/s; Aku : Pendakwah

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Dapatkan segera