Terbaru
Home » Cerpen » Penjara sebuah Pemikiran. [episod 4]

Penjara sebuah Pemikiran. [episod 4]

1240500_635695919787662_756981251_n

Kota Bharu 2013

Jalan raya yang menghadap medan selera yang bersebelahan dengan stadium Muhammad ke-4 kembali lengang, tidak seperti dua minggu sebelumnya. Sesak, sesak dengan seribu satu macam kereta pada permukaannya.

Namun kini jalan ini sudah kembali tenang, kerana kebanyakkan warga Kelantan yang balik bercuti sudah kembali ke negeri kerja mereka masing-masing. Selangor dan Kuala Lumpur antara yang teramai. Kini yang tinggal hanyalah anak Kelantan yang betul-betul tinggal di Kelantan.

Sudah 2 bulan awak pulang bercuti di tanah air, kini tiada lagi bau kacang hijau falafel, bau asap dari kedai syawarma mahupun bunyi hon yang bingit dari pekai ‘cow boy’  Mu’tah. Yang ada, goreng pisang, air nyiur, dan CPTlah yang menjadi ganti kepada semua itu. Terutama CPT di perkarangan Stadium Muhammad ke-4 dan air nyiur halalal toyyiban di kampung chempaka Panji.

Jam menunjukkan pukul 9.15 pagi. Lagi 45 minit majlis bedah buku bermula. Awak terus melangkah kaki menuju ke pustaka negeri. Kaki lima di sebelah padang hoki itu awal susuri dengan cermat, tidak terlalu laju dan tidak pula terlalu perlahan.

Untuk kali ini, awak di minta untuk membedah sebuah buku tulisan seorang penulis muda, graduasi dari Universiti Malaya. Saudara Hasbie Muda. Kemenangan Yang Tertangguh judulnya. Buku ini di tulis untuk merespon kemenangan yang di tangguhkan Allah kepada Pakatan Rakyat pada PRU-13 yang lepas.

Buku ini menjadi tumpuan ramai rakyat Malaysia, dan seperti biasalah, ada yang menyokong, dan pada masa yang sama, ada yang menolaknya. Bahkan penolakkan di buat sampai tahap mengharamkan orang ramai dari mendekatinya, apatah lagi untuk membacanya. Dakwa golongan ini, keranan isi buku ini tidak tepat, dan faktanya menyesatkan.

Buku ini juga telah mengurniakan satu gelaran unik kepada saudara Hasbie sendiri. Ular Daun. Gelaran yang menggambarkan saudara Hasbie seorang pengkhianat. Pengkhianat kepada jemaah sendiri. Hanya kerana tidak bersetuju dengan beberapa ‘point’ yang di lontarkan oleh Hasbie. Dan lebih menarik lagi, gelaran ini datang dari rakan seperjuangannya sendiri.

Ah…Dunia politik, Islam dan sekular sama sahaja. Janji dapat pertahankan kedudukan.

Maka di sebabkan respon hangat inilah awak di jemput oleh satu kelompok anak muda sebagai panel untuk membedahnya. Mereka ini menggelarkan diri sebagai KaTAM, atau nama penuhnya Kampus Terbuka Anak Muda.

KaTAM di tubuhkan sekitar pertengahan tahun 2012, hasil ilham dari beberapa orang anak muda yang cintakan kebebasan bersuara dan kebebasan menyatakan pandangan serta kritikan. Tujuan penubuhan KaTAM juga untuk memerdekakan anak muda dari terpengaruh kepada mana-mana idealogi politik yang ada di Malaysia, samada kerajaan mahupun pembangkang.

Kaki awak terus melangkah, pintu pagar utama pustaka negeri awak lepasi. Awak menuju kearah pintu utama bangunan pustaka, kaki awak memanjat tenang anak tangga pustaka negeri. Awak kini di tingkat 2. Jam di tangan awak kini menunjukkan pukul 9.40 pagi. Awak mengambil tempat di ruang perbentangan. Membuat persiapan terakhir, sebelum majlis bermula.

“Saudara Mahadi, sebentar tadi saudara ada mengatakan kekalahan PR di sebabkan kejumudan sesetengah pimpinan PR, terutama dari PAS dalam membuat keputusan. Sehingga menyebabkan PR kehilangan kerusi yang sepatutnya di menangi. Contohnya dalam kes di Dun Kota Damansara. Sepatutnya PR boleh menang di situ, tapi di sebabkan kejumudan ahli PAS dalam menerima Dr Nashir yang di katakan sosialis, ahli PAS telah memutuskan untuk mengundi calon PAS Ridzuan Ismail. Menyebabkan undian PR terpecah dua. Jadi apakah pandangan saudara untuk kes isi.?” Soal seorang peserta kepada awak pada sesi soal jawab majlis itu.

“Ya”

Dengan laju awak menjawab.

Awak sememangnya sudah lama geram dengan golongan ini. Soalan ini tidak lebih seperti bola tanggung kepada awak untuk melepaskan geram kepada mereka.

“Ya, mereka inilah sebenarnya yang merencatkan kemenangan PR pada PRU lepas. Jahat sangatkah sosialis untuk kita bekerjasama. Apakah kejahatan mereka melebihi mahupun menyamai kebobrokan yang di lakukan oleh UMNO dan sekutunya dalam Barisan Nasional” Awak menyambung jawapan awak sambil pada masa yang sama melontarkan persoalan kepada peserta.

Ya, golongan ini mendakwa mereka menolak untuk mengundi Dr Nashir kerana beliau berfahaman sosialis. Fahaman yang terseleweng dari akidah ahli sunnah wal jamaah. Fahaman ini cukup bahaya kepada umat Islam di Malaysia. Tahap kebahayaan fahaman ini menyamai fahaman sekularisme yang di anut oleh kerajaan Malaysia sekarang. Memisahkan urusan dunia dengan urusan agama.

Jadi bagi mereka tiada bezalah kemenangan tetapi pada hakikatnya terus terjajah. Umpama Berjaya meloloskan diri dari mulut harimau, tapi pada masa yang sama membawa diri ke mulut buaya.

Berbeza dengan awak. Bagi awak, tiada salahnya untuk bekerjasama dengan puak sosialis ini, kerana dosa masing-masing di tanggung sendiri. Lagipun bagi awak, sosialis banyak membantu manusia di dunia, contohnya di Amerika Latin sana, siapa yang tidak kenal Che Guevara. Beliau seorang sosialis, namun telah banyak berjasa bagi sekalian rakyat tertindas di benua Latin sana.

“Islam tidak mengharamkan kita menyokong usaha kebaikkan, walau dari kumpulan mana sekali pun kebaikkan itu di perjuangkan.” Awak akhirnya mengulungkan jawapan awak.

[Besambung...]

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Dapatkan segera