Terbaru
Home » Artikel » Apabila semangat tidak di tunjangi oleh ilmu

Apabila semangat tidak di tunjangi oleh ilmu

Semangat, suatu perkara yang penting dalam melakukan sesuatu pekerjaan atau sesuatu perkara, tanpa semangat,, seseorang itu pasti akan mudah di tewaskan dan di kalahkan, samada dalam bab perjuangan, ibadah mahupun apa kerja sekali pun.

Mengikut kamus dewan edisi ke 4, semangat merupakan suatu kemahuan untuk melakukan sesuatu. Tanpa kemahuan yang tinggi, seseorang itu pasti buntu atau mengalami kesukaran untuk mencapai dan melakukan sesuatu perkara.

Namun, semangat itu tidak cukup untuk berdiri bersendirian tanpa di temani oleh ilmu. Ini kerana semangat itu berkaitan dengan nasfu semata-mata, tanpa di temani ilmu, semangat seseorang itu untuk berjuang mungkin akan luntur di pertengahan jalan, kerana mereka tidak jelas dengan apa yang mereka lakukan itu.

Semangat tanpa ilmu juga boleh mengakibatkan seseorang itu bertindak di luar kawalan, luar batasan manusia, melampau, fanatik, taksub pada sesetengah pihat mahupun individu dan pelbagai perkara negatif lagi. Dan lebih teruk lagi, jika seseorang itu berjuang, beribadah  atau bekerja tanpa ilmu, peluang atau kebarangkalian mereka di pergunakan oleh sesetengah pihak amatlah tinggi.

Dan itulah gejala yang berlaku sejak kebelakangan ini, ramai di antara kita samada pelajar, pejuang, pengamal agama mahupun sesiapa saja yang melakukan sesuatu perkara itu hanya bersandarkan pada semangat semata-mata, dan pada masa yang sama tidak di sertai dan di tunjangi dengan lmu pengetahuan.

Beragama (Ibadah)

Ramai di kalangan kita yang bersemangat dan berlumba-lumba untuk melakukan perkara kebaikkan, amal ibadah bagi memburu pahala sertan ganjaran dari Allah. Seribu satu zikir di baca di pagi dan petang, beraneka solat sunat di dirikan, dan pelbagai ibadah lagi yang mereka lakukan.

Namun sayang, sebelum mereka melakukan sesuatu ibadat itu, mereka tidak menyelidiki dan mendalami terlebih dahulu asal-usul ibadat yang mereka ingin lakukan itu, apakah ibadat itu thabit dengan Rasulullah saw, atau ianya hanyalah suatu rekaan (bid’ah) semata-mata.

منأحدثفيأمرناهذاماليسمنهفهورد ) رواهالبخاريومسلم , وفيروايةلمسلم (

sesiapa yang mengada-ngadakan dalam urusan kamiyang tidak ada asalnya, maka ia tertolak”

Amatlah jelas pada hadith ini, baginda Rasulullah saw telah mengingatkan kepada umatnya supaya menjauhkan diri dari sesuatu amalan yang tidak ada asalnya (thabit dengan amalan Baginda saw).

Selain membawa kepada bidaah, sikap semangat tanpa ilmu dalam beribadah juga akan membuatkan seseorang itu berputus asa di pertengahan jalan mereka. Contohnya dalam ibadah solat, mungkin di awal-awal, seseorang itu amat bersemangat dalam mengerjakan solat, namun jika ianya tidak di sertai dengan ilmu, seseorang itu pasti akan merasa bosan dengan ibadat solat yang mereka lakukan itu, kerana, bagi mereka solat itu tidak mendatangkan apa-apa kebaikkan kepada mereka atau dengan kata yang mudah, mereka tidak memahami apa yang mereka lakukan itu, yakni hakikat sebenar ibadat solat.

Selain kesan dalam bab ibadat, fenomena semangat tanpa ilmu ini juga memberi kesan dalam bab bermazhab. Kita boleh tengok, betapa ramai umat islam yang taksub pada sesuatu mazhab di sebabkan mereka kekurangan ilmu, kerana bagi mereka menganut lebih dari satu mazhab adalah sesat, sedangkan setiap mazhab (di kalangan ahli sunnah waljamaah) itu semuanya thabit kepada Baginda Muhammad saw.

 

Dakwah.

Medan dakwah juga tidak terlepas dari fenomena itu, ramai di kalangan umat islam ingin menjadi pendakwah, namun pada masa yang sama, mereka malas untuk membuat persiapan ilmu sebelum berdakwah, samada ilmu usul dalam Islam, seperti tafsir, hadith, akidah, mahupun ilmu sampingan (method dakwah, ilmu psikologi dll).

Maka berlakulah seribu salah permasalahan sepanjang mereka berdakwah itu, seperti berputus asa di pertengahan jalan, menimbulkan fitnah kepada Islam, bahkan lebih teruk lagi, para pendakwah itu sepatutnya membawa mad’u mereka kembali kepada islam yang sebenarnya, namun sebaliknya yang berlaku, pendakwah di sesatkan oleh mad’u, kerana mereka kekurangan hujjah dalam menyampaikan dakwah.

Namun bagi pendakwah yang memiliki ilmu yang cukup, yakni mengetahui hakikat dan tujuan berdakwah, mereka tidak mudah berputus asa walaupun dakwah mereka sering di tolak, batang tubuh mereka sering di jadikan sasaran cacian mahupun apa-apa cabaran sekali pun yang mereka depani.

Contohnya seperti kisah Nabi Nuh as. Cabaran dakwah yang baginda lalui amatlah besar, seperti mana yang di rakamkan oleh Al-quran melalui surah Nuh ayat ke 7:

“Dan sesungguhnya aku, tiap-tiap kali menyeru mereka (beriman) supaya Engkau mengampunkan dosa-dosa mereka, – mereka menyumbatkan telinganya dengan jari masing-masing, dan berselubung dengan pakaiannya, serta berdegil dengan keingkarannya, dan berlaku sombong takbur dengan melampau. “(Nuh 71:7)

Tapi, di sebabkan baginda mempunyai ilmu, baginda terus juga menyampaikan dakwah baginda kepada kaum yang keras kepala itu. Dan sepatutnya sikap inilah yang sepatutnya ada bagi seorang pendakwah.

Perjuangan (politik, anak muda dll)

Begitu jugalah dalam dunia perjuangan, fenomena bersemangat tanpa ilmu ini turut menghinggapinya, bahkan hinggapan itu bukan lagi di takat yang biasa, namun sudah berada dalam keadaan parah.

Kita boleh tengok, berapa ramai pejuang kini, terutama golongan anak muda yang berjuang atas dasar semangat semata-mata tanpa di tunjangi ilmu yang secukupnya, sehinggakan mereka bertindak di luar kewarasan seorang manusia; menggunakan kata-kata kesat kepada pihak yang mereka tidak gemari,

Seperti yang berlaku pada demonstrasi Hapus PTPTN pada sabtu yang lepas,banyak perlakuan negatif telah di tunjukkan oleh segelintir peserta demonstrasi terhadap pemimpin utama kerajaan, seperti menggelarkan mereka dengan gelaran yang tidak sepatutnya. (Di Sini).

Persoalannya, wajarkah mereka yang bergelar mahasiswa bersikap dengan sikap yang sedemikian, padahal kita mengetahui, golongan mahasiswa adalah golongan yang terpelajar, yang mempunyai jati diri yang tinggi dan akhlak yang baik.

Bukanlah penulis berniat untuk membela kerajaan Dato’ seri Najib dalam bab PTPTN ini, namun janganlah dalam menuntut hak kita, kita lupa untuk menghormati hak-hak yang sepatutnya kita bagi kepada manusia lain. Lupakah kita pada firman Allah swt :

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. “ (Al-Maaidah 5:8)

Maka, di kesempatan ini, penulis menyeru kepada diri sendiri terutamanya, dan kepada pembaca-pembaca sekalian, agar menjauhi fenomena tanpa di tunjangi ilmu ini mengjangkiti diri kita, samada dalam beribadah, berjuang, mahupun apa sekalipun gerak kerja yang kita mahu lakukan.

 Hisyam Ahmad

23 November 2013

Mu’tah Jordan

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Dapatkan segera