Terbaru
Home » Artikel » ON AIR Versi Islam

ON AIR Versi Islam

on air

ON AIR, satu progam realiti TV  terbaru di perkenalkan oleh stesen televisyen berbayar terkemuka Malaysia, Astro kepada masyakat. Yang mana bersiaran setiap hari rabu pada pukul 9 malam di saluran Astro Ria (ch 104). Di mana rancangan ini bertujuan untuk mencukil bakat-bakat baru dalam bidang pengacaraan dan seterusnya untuk melahirkan pengacara-pengacara yang hebat untuk mengacara program-program di bawah kelolaan Astro.

Apa yang menarik minat penulis pada rancangan reality terbaru ini adalah bagaimana kesungguhan dan kekretifan para pelatih dan penilai (juri yang terdiri daripada Aznil Haji Nawawi dan Suhaimi Sulaiman ) dalam melahirkan seorang pengacara yang hebat dan di terima oleh semua lapisan masyarakat.

Satu persatu ujian di kenakan keatas para peserta ON AIR, bermula dari pengucapan awam, cara berkomunikasi, lenggok badan semasa berhadapan dengan masyarakat, cara berhadapan dengan kamera dan berbagai-bagai cabaran lagi. Dan semua ujian dan cabaran ini adalah bertujuan satu, yakni untuk menggilap bakat-bakat peserta yang tersimpan, dan seterusnya melahirkan pengacara yang hebat di masa hadapan.

Melihat akan semua pendekatan yang di perkenalkan oleh realiti TV baru ini, terlintas satu persoalan dalam benak pemikiran penulis, alangkah bagusnya kalau pendekatan sebegini di guna pakai oleh para ilmuan islam dalam melahirkan ikon-ikon Islam dan pendakwah dalam mendepani masyarakat.

Pendakwah di tolak : tidak berilmu atau kurang nilai tambah?

Sering kali kita mendengar rungutan para pendakwah akan keengganan mad’u menerima penyampaian mereka, namun persoalannya mengapakah semua ini terjadi, mengapa penyampaian mereka di tolak oleh mad’u di luar sana?

Apakah ini semua berpunca dari kurangnya ilmu para pendakwah?

Atau sebenarnya kegagalan pendakwah mempesiapkan diri dari sudut kemahiran untuk berhadapan dengan mad’u mereka?

serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk.”  (An-Nahl 15:125 )

Melalui firman Allah ini, kita dapat lihat bagaimana Allah telah menggariskan tiga perkara penting dan utama bagi seorang pendakwah sebagai persiapan untuk berhadapan dengan mad’u mereka, yakni Al-hikmah, mauizatul hasanah dan almujadalah bil husna.

Teringat satu komentar Aznil Haji Nawawi kepada salah seorang peserta progam ON AIR, bilamana peserta itu tidak menggunakan pendekatan yang hikmah ketikamana menebual seorang artis cilik yakni Mia Sara. Pendekatan yang di gunakan oleh peserta program itu amatlah tidak berhikmah bilamana beliau menggunakan istilah-istilah yang tinggi ketika mana menemubual Mia Sara sehinggakan menimbul kepeningan pada pelakon cilik itu.

Begitu jugalah kesilapan yang selalu di lakukan oleh segelintir pendakwah ketika mana berhadapan dengan mad’u mereka, gagal menggunakan istilah-istilah yang tepat dalam menyampaikan dakwah mereka sehingga memeningkan mad’u mereka bahkan yang lebih teruk sehinggakan menimbulkan fitnah kepada agama dek kerana kegagalan meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Ini kerana sebagaimana mana yang di nyatakan oleh Sayyid Qutb, al-hikmah adalah kemampuan seseorang pendakwah untuk memerhatikan reality setiap sasaran dakwah dan keadaan mereka lalu menyampaikan Islam dengan cara yang paling sesuai, kepelbagaian cara bercakap dan isi kandungan yang bersesuai dengan kadar akal dan pemikiran sasaran pendakwah, tanpa memberatkan mereka dengan perkara yang belum mampu di pikul mereka. Ia tidak di lakukan di atas dasar semangat yang berkobar-kobar semata-mata sehingga terkeluar dari orbit al-hikmah. (Sayyid Qutb 1996, Fi Zilal al-Quran. Beirut : Dar al-Syuruq, jil. 4, halaman 2202 )

Selain pendekat yang penuh berhikmah, penampilan juga penampilan penting bagi seseorang pendakwah untuk menarik perhatian mad’u mereka. Sebagaimana pentingnya persediaan penampilan diri bagi setiap peserta ON AIR sebelum mana menemui orang awam di udara mahupun di tempat-tempat program, begitu jugalah bagi seorang pendakwah. Bab kata Suhaimi, penjagaan penampilan diri ini penting bagi setiap peserta ON AIR kerana mereka adalah duta kepada Astro. Dan seharusnya lebih-lebih lagi untuk seorang pendakwah, kerana mereka adalah duta kepada Islam.

Dan Allah pun suka akan kecantikkan, sebagaimana sabda nabi Muhammad saw yang bermaksud :

“Allah itu cantik dan sukakan kecantikan” (Hadith Riwayat Muslim)

Ini membuktikan tidak salah bagi seseorang pendakwah itu menjaga penampilan diri mereka ketika mana mahu berhadapan dengan masyarakat, bahkan Allah sangat menyukai mereka yang menjaga kekemasan diri mereka.

 

ON AIR versi pendakwah.

Melihat beberapa persamaan antara pendakwah dan pengacaraan diatas, terdetik di hati penulis untuk melihat bakal pendakwah akan datang mendapat latihan dan pendedahan sebagaimana peserta reality ON AIR ini bagi mempersiapkan diri mereka sebelum mana berhadapan dengan mad’u di lapangan.

Ini kerana tidak salah untuk kita mengambil contoh mahupun cara yang di bawa oleh mana-mana pihak sekali pun (hatta ianya di bawa oleh musuh islam sekali pun) selagimana ianya bermanfaat kepada gerak kerja Islam.

Sebagaimana sebuah hadith yang bermaksud:

“Hikmah laksana hak milik seorang mukmin yang hilang. Di manapun ia menjumpainya, di sana ia mengambilnya” (HR. Al-Askari dari Anas ra)

 

Wassalam

Hisyam Ahmad

01032012 @ 08 Rabiul akhir 1433h

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Dapatkan segera