Terbaru
Home » Cerpen » Penjara sebuah Pemikiran. [episod 3]

Penjara sebuah Pemikiran. [episod 3]

1150896_635475819809672_1937023651_n

Mu’tah, Jordan 2013

“Jangan lupa, malam ini, diskusi di Bayt Falafil. Jam 9”

Satu pesanan awak terima dari Haris melalui kotak mesej muka buku awak, senior yang merangkap naqib awak di bumi Syam ini.

Itulah rutin awak di sini. Berdiskusi. Berdiskusi bersama teman-teman yang berideologi. Kali ini rumah Haris menjadi medan membincang sesuatu isu dengan masak.

Diskusi, satu pendekatan yang menjadi pilihan awak dan rakan-rakan untuk mendalami sesuatu isu. Tempat menyatakan pendapat peribadi, sambil menilai hujah rakan yang lain.

Pandangan Tuan Guru Haji Hadi(TGHH) tentang isu Syiah. Inilah tajuk yang bakal di lumati pada malam ini.

“Bagi saya, tajuk ini amat menarik untuk kita kaji dan bincangkan. Kerana pandangan TGHH kali ini kelihatan kontroversi. Di saat Syiah terus di tekan oleh ugamawan di tanah air kerana usaha melebarkan pengaruh mereka, namun pendirian TGHH sedikit berbeza. Sehingga beliau turut menjadi mangsa sindiran kepada sebuah laman web islamik berkenaan isu ini” Teringat kata-kata terakhir Fuad pada diskusi lalu, dua minggu lepas di Bayt Cinta. Sambil membuat pilihan tajuk diskusi yang seterusnya pada mala mini.

Ya, jika di lihat kenyataan TGHH pada isu syiah kali ini, sedikit menggoncangkan kethiqahan para pengikutnya. Di kala Syiah terus cuba untuk menakluk tanah melayu, TGHH kelihatan sedikit lunak terhadap mereka.

Menurut TGHH, isu Syiah bukanlah isu yang melibatkan akidah semata-mata namun ia hanyalah isu perbezaan Mazhab. Dan isu ini bukanlah isu yang baru muncul, tapi isunya telah lama, cuma cuba di bangkitkan kembali oleh musuh-mush Islam, terutamanya Israel dan sekutu kuatnya, Amerika. Tujuannya hanya satu, untuk melaga-lagakan umat islam. Kerana mereka sangat menyedari fenomena yang berlaku sekarang, mereka sangat takut dengan kebangkitan Islam pada masa kini.

Kenyataan TGHH sebenarnya secara tidak langsung telah menimbulkan perdebatan yang besar di kalangan agaman dan pendakwah. Begitu juga di kalangan ahli politik.

Sehingga beliau telah di label seakan ahli Syiah oleh lidah rasmi musuh politiknya.

Namun tidak kurang ada yang menyokong kenyataan TGHH ini. Bagi mereka, pandangan TGHH ini bukanlah melibatkan tanah melayu semata-mata, bahkan turut merangkumi tanah arab bersama. Mereka juga berhujah dengan sikap para sahabat ketika mana mendepani isu Syiah sewaktu awal kemunculannya dahulu. Bagaimana sahabat bersiasah dengan kelompok Syiah untuk melawan musuh islam.

Itulah TGHH, setiap butir kata yang keluar dari bibirnya pasti menarik minat orang ramai. Samada kawan mahupun lawan.

Awak melihat jam pada tablet HTC awak. Angka 20.30 tertera pada bahagian tengah permukaan skrin. Awak bingkas bangun dari katil, kaki awak menuju kearah ampaian di penjuru sebelah kiri bilik. Tangan awak mencapai tuala putih padanya, menarik dengan rakus. Langkah kaki di teruskan, kini menuju kearah pintu bilik awak, untuk ketandas.

Tiga minit kemudian awak kembali kebilik yang sama, mengenakan t-shirt putih di dalam, di baluti hoodie nike berwarna putih pada bahagian luar. Awak melangkah keluar bilik, menuju  ke Bayt Falafil.

[Bersambung...]

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Dapatkan segera