Terbaru
Home » Author Archives: Hisyam Ahmad

Author Archives: Hisyam Ahmad

Aung San Suu Kyi- Pencabul Nobel keamanan.

lady_ver3

Beberapa tahun dahulu (tahun 2013 mungkin), usai menonton filem The Lady, arahan Luc Besson (seorang pengarah kelahiran Perancis), –Filem yang mengisahkan ketokohan seorang perempuan cekal Burma, Aung San Suu Kyi (lakonan Micheal Yeoh) dalam membebaskan kesengsaraan rakyat Burma dari kekejaman rejim Tentera yang di ketuai oleh jeneral Tan Shwe. Kecekalan dan kesungguhan beliau membela rakyat Burma turut mendapat perhatian dunia, ... Read More »

Kempen Bahasa

Kempen bahasa

Bayangkan senyuman tanpa sebatang gigi, bayangkan bunga tanpa sehelai kelopak, bayangkan kereta tanpa sebiji tayar, begitulah juga perkataan tak lengkap huruf. Huruf-huruf juga punya hak menyempurnakan setiap perkataan yang didiaminya. Ayuh sama-sama kita menyempurnakan ejaan pada tulisan kita. Kerana tulisan itu melambangkan keperibadian seseorang. Read More »

Taman Demokrasi

11081019_949071921783392_2437951222536930031_n

                Kata kau tanah ini milik kita semua taman demokrasi tujuan utamanya, setiap orang punyai inci sama untuk menyemai benih idea, ruang cahaya matahari serupa isipadu air sekata agar tumbesaran melata.   Namun, belum sempat benih idea itu berputik menjadi bunga, seinci demi seinci tanah taman itu engkau pagari ditebas dicantas bunga yang ... Read More »

Warkah buat sahabat

persahabatan

Kehadapan sahabatku yang tidak pernah luput dari rakaman memori ini, saudara Hakim bin Halim, apa khabar dirimu di sana. Semoga dirimu berada dalam keadaan sihat wal afiat sentiasa, serta dipayungi rahmat Sang Pencipta selalu. Pada kiraanku, sudah hampir sepuluh tahun kita tidak bersua muka, bergelak tawa bersama, menangis sendu berdua. Namun, aku yakin dengan kemajuan teknologi yang berlegar disekitar, jarak ... Read More »

Tatkala Mindset itu rosak.

Real-or-Fake

Bila sebut pasal cantik, mesti kita pandang awek k-pop, Bila cakap pasal cinta, mesti kita ingat cerita Bollywood, Bila bicara pasal bahagia, kita mesti ingat orang bercinta.   Beginilah sikap kebanyakkan kita dalam menyantuni kehidupan seharian. Seringkali kita tersilap memilih neraca ketika mahu membuat penilaian pada sesuatu benda dan keadaan. Hasilnya, kita gagal mendapatkan natijah yang tepat setiap kali kita ... Read More »

Antologi Tanah Tanpa Peta

ttp1

Judul: Tanah Tanpa Peta Genre: Antologi puisi dan cerpen Penyelenggara: Fahd Razy, Rasydan Fitri, Khairil Idham Ismail, Zaim Yusoff dan Zaim Salimun Penerbit: Karyawan Publishing House Harga: RM20 (Harga ahli tetap: RM17) Menampilkan 64 puisi dan 8 cerpen yang bertemakan isu semasa umat Islam. Ditulis oleh 55 orang penulis dari pelbagai latar belakang dan institusi termasuk sasterawan, tokoh budaya, wartawan, ... Read More »

Smartphone vs Cellphone

h--my_documents-etelesolv-pictures-oldvssuper_copy-resized-600.jpg

Dewasa ini, penggunaan telefon pintar semakin mendapat tempat di hati penduduk dunia. Dengan fungsinya yang dicipta semakin canggih, kegunaannya semakin meluas, memudahkan urusan hari para penggunanya. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan telefon yang tidak pintar (cell phone) semakin terasing penggunaannya. Telefon pintar lebih mendapat tempat dari telefon biasa kerana fungsi yang ada padanya pelbagai, bukan hanya terhad kepada fungsi ... Read More »

Kita dan Kritikan

kritikan

Hidup ini tidak mungkin sunyi dari kritikan dan perhatian manusia, kerana tidak semua perkara yang kita lakukan akan dipersetujui orang sekeliling, samada perkara itu berbentuk prinsip hidup atau tindakan kita dalam mengurus sesuatu. Ini kerana ianya sudah tersurat dalam fitrah penciptaan manusia, tabiatnya pelbagai. Maka mana mungkin kita mampu memenuhi dan menuruti kehendak setiap mereka. Namun pandangan dan kritikan ini juga ... Read More »

Dapatkan segera